Monday, November 17, 2008

KURSUS TERNAKAN IKAN

Untuk makluman Pekan Aquaculture akan mengadakan kursus ternakan ikan mengunakan sistem RAS dan polytank bermula pada tarikh dibawah dan setiap kursus terhad untuk 20 peserta sahaja:

Tempat : No. 35 Kawasan Industri TIAJ, Jalan 1/4 Kawasan Perindustrian Alam Jaya, Puncak Alam Selangor
Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Yuran : RM160.00 (Termasuk makan pagi/tengahari dan petang)
Kemudahan tempat solat disediakan
Untuk membuat tempahan tarikh kursus bakal peserta boleh membayar 50% yuran pendaftaran dibayar ke akaun Pekan Aquaculture (CIMB Akaun No. 06021455813058) dan SMS Ref no. pembayaran, Masa dan Tarikh Pembayaran serta Nama dan no I/C ke 012-6438484 atau 0176726936

Kandungan Kursus :
8.30 - 9.00 Pendaftaran
1. Pengenalan Ikan 9.10-9.30
2. Asas Pembenihan 9.30-10.00
Rehat Minum Pagi
3. Asas Penternakan 10.10-11.30
4. Pengiraan Kos Makanan Ikan 11.30-12.30
Rehat Tengahari
5. Pengiraan Untung Rugi 2.00-2.30
6. Apa dia kandungan Omega 3 dalam ikan 2.30-3.00
Rehat Petang
7. Pratikal (Pengenalan sistem RAS dan kolam polytank) 3.10-4.30
8. Soal Jawab 4.30-5.00

Tarikh Kursus :
3 Dec 2008
10 Dec 2008
13 Dec 2008
14 Dec 2008
20 Dec 2008
24 Dec 2008
27 Dec 2008
31 Dec 2008

Jika berminat boleh hubungi 012-6438484 Amir untuk tempahan waktu kursus.

Friday, October 24, 2008

PROMOSI PEMASANGAN KOLAM

BERMULA HINGGA DEC 2008 SYARIKAT KAMI ADA MEMBUAT PROMOSI PEMASANGAN KOLAM DAN MENJAMIN PULANGAN PADA PELABURAN DENGAN MENGGUNAKAN SISTEM POLYTANK. APA KELEBIHAN POLYTANK :

1. KETAHANAN DIJAMIN SAMPAI 5 TAHUN.
2. KOS BAIK PULIH HANYA 5% (TIDAK KOYAK DAN BERKARAT)
3. SENANG DISELENGGARAKAN DAN MUDAH ALIH
4. TIDAK MENGANDUNGI BAHAN KIMIA
5. SENANG CUCI
6. MUDAH UNTUK MENGAMBIL HASIL (HARVEST)
7. MEMBANTU PEMBESARAN IKAN
8. PENGALIRAN AIR YANG LEBIH BAIK
9. HANYA 5% NAJIS DAN LEBIHAN MAKANAN MELEKAT



JIKA BERMINAT DAN UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH MENGHUBUNGI :
AHMAD NASRUL - 0126438484




Friday, April 4, 2008

KEBAIKAN IKAN KELI DENGAN OMEGA-3

Minyak ikan mempunyai asid lemak omega-3 yang tinggi datang dari sumber makanan ikan iaitu "fitoplankton". Asid lemak omega-3 banyak terdapat dalam minyak walnut, plankton marin dan ikan yang berlemak. Komponen utama minyak walnut adalah asid a-linoleik (ALA), sementara asid lemak yang terdapat dalam ikan berlemak dan minyak ikan adalah EPA dan DHA. Manakala minyak sayuran pula kadar asid lemak omega-6 yang tinggi seperti minyak jagung dan minyak soya yang mengandungi asid linoleik (LA) yang banyak. Dalam tubuh manusia ALA ini boleh ditukarkan kepada EPA dan DHA, walaubagaimanapun, proses penukaran ini kurang berkesan pada bayi dan orang tua.

Apakah Asid Lemak Omega 3
Terdapat tiga komponen utama asid lemak omega-3 iaitu:-
1) Asid O-Linolek (ALA)
2) Asid Eicopentaenoik (EPA)
3) Asid Dokosoheksonoik (DHA)

Asid lemak terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:-
1) Tepu (saturated)
2) Tidak Tepu (unsaturated)

Kebaikan Asid Lemak Omega-3 Terhadap Kesihatan Manusia
Antara kebaikan asid lemak omega-3 (EPA & DHA) kepada kesihatan manusia, selain mengurangkan risiko penyakit barah dan jantung adalah:-
-Meningkatkan tahap penglihatan dan sistem saraf pusat bagi fetus dan bayi
-Memulihkan radang seterusnya mengurangkan risiko artheroskleriosis
-Mengurangkan kadar bengkak pada sendi bagi pesakit rheumatoid arthritis
-Mengurangkan simptom psoriasis (sejenis penyakit kulit yang kronik)
-Mengurangkan kadar kematian bagi pesakit buah pinggang
-Mengurangkan tahap mikroalbuminuria bagi pesakit kencing manis yang bergantung pada insulin
-Meningkatkan fleksibiliti membran dan menggalakkan fungsi biologi
-Melambatkan proses penuaan dan penyakit autoimmum yang berkaitan dengan usia
-Menggalakkan kecerdasan fikiran

Wednesday, April 2, 2008

UMUN TENTANG IKAN KELI

Ikan keli terkenal di banyak negara. Ikan keli mempunyai bentuk badan yang fleksibel, bahagian atasnya gelap dan bawahnya pula cerah. Ikan keli popular di kalangan orang ramai kerana isinya yang sedap dan harganya tidak begitu mahal. Bagi penternak pula, ikan keli tidak cerewet. Ikan keli tahan lasak dan fleksibel dari segi diet pemakanan.

Ikan keli boleh menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan air dan mampu hidup di atas darat tanpa air asalkan kulitnya sentiasa basah. Ikan keli juga kuat makan, yang menjadikannya membesar dengan cepat. Namun ikan keli terdapat banyak spesies. Di US, banyak diternak ikan keli spesis Channel Catfish. Di Malaysia pula ikan keli yang popular dari spesis Clarias Gariepinus.

Di Malaysia, ramai yang berkata Clarias Gariepinus membawa maksud ikan keli eksotik. Tetapi di luar Malaysia ada yang memaksudkannya ikan keli afrika.

Menurut fakta penternak-penternak di US, ikan keli spesis Channel Catfish dapat menghasilkan jumlah berat yang lebih tinggi berbanding spesis Clarias Gariepinus jika diberikan sejumlah makanan yang sama.

Friday, March 28, 2008

BENIH IKAN AIR TAWAR / AIR MASIN UNTUK DIJUAL

Harga ditawarkan termasuk kos penghantaran untuk semenanjung Malaysia harga boleh dirunding jika kuantiti banyak ;

No Pekara Spesifikasi Size Harga

1. Benih Keli 100% pallet 1.5 - 2 in RM0.085/ekor

2. Benih Keli 100% pallet 2.5 - 3 in RM0.13/ekor

3. Benih Talapia 100% pallet 1.5 - 2 in RM0.12/ekor

4. Benih Talapia 100% pallet 2.5 - 3 in RM0.16/ekor

5. Benih Puyu 100% pallet 2.5 - 3 in RM0.16/ekor

6. Benih Jelawat 100% pallet 2.5 - 3 in RM0.42/ekor

7. Benih Patin 100% pallet 2.5 - 3 in RM0.25/ekor

8. Benih Baung 100% pallet 2.5 - 3 in RM0.25/ekor

Berminat hubungi : 0126438484 - Amir (pekan aquaculture)

Monday, March 17, 2008

BENIH IKAN UNTUK JUALAN


Setelah hampir 8 bulan kami ditubuhkan kini kami mengorak langkah selangkah lagi. Dimana pada Jan 2008 kami telah menghadiri krusus pembenihan. Dengan bermatlamatkan Pertanian Satu Perniagaan maka kami berusaha untuk mencapai matlamat ini. Kami telah berusaha mengeluarkan benih ikan kami sendiri. Pada akhir Jan 2008 kami mewujudkan pusat pembenihan kami dan ini hasilnya. Kini benih ikan kami telah sedia untuk dipasarkan.


Harga kami termasuk penghantaran ke lokasi utama sahaja;

1. Keli saiz 1.5" - 2.0" = RM 0.085

2. Keli saiz 2.5" - 3" = RM 0.13

3. Keli saiz 4.5" - 5.5" = RM 0.22

Thursday, March 13, 2008

PEKAN AQUACULTURE BERGERAK SELANGKAH LAGI

Tak sangka hampir 3 bulan saya tidak menulis atau update di blog ini. Dalam masa 3 bulan tersebut Pekan Aquaculture sibuk dengan kertas kerja untuk menambah modal dalam projek perikanan. Tapi malang kertas kerja tersebut telah disimpan oleh seorang setiausaha politik dan tanpa bantuan dengan alasan projek ini tidak berjaya saing. Walaupun projek ini tidak berdaya saing tapi kertas kerja kami harap dipulangkan. Mengorak langkah dari situ tanpa mendapat bantuan modal seperti dirancang maka Pekan Aquaculture dengan modal sendiri telah memulakan projek tambahan dalam perikanan. Dimana kami telah bergerak sebagai syarikat pemasangan kolam kanvas berteknologi terkini dan dimana projek kami bermula di Kemaman Terengganu , Meru Klang , Perling Johor Baru dan Kuala Pilah serta Jelebu di Negeri Sembilan.

1. Projek Kemaman Terengganu

2. Projek Meru Klang


3. Projek Perling Johor

4. Projek Kuala Pilah Negeri Sembilan

Disamping itu kami juga ada menjual benih ikan keli (saiz 2.5 in hingga 3 in) dengan harga yang murah dan berpatutan. Harapan kami pertanian sebagai perniagaan menjadi matlamat untuk kita di Malaysia terutama bangsa melayu untuk berjaya saing dalam dunia perniagaan. Jika ada sesiapa yang berminat untuk package pemasangan kolam dan sistem atau memerlukan benih ikan bolehlah hubungi di 0126438484 - Ahmad Nasrul Amir (Pekan Aquaculture).