Monday, January 26, 2009

GERHANA MATAHARI (Matahari Sabit)


Untuk pembaca blog disini kami mengambil kesempatan untuk merakamkan gambar gerhana matahari yang kami rakamkan di Pekan Pahang pada 26hb Januari 2009 jam 5.45 dan 6.00 petang. Mengikut fenomena kejadian ini terjadi apabila bulan merentasi matahari (Keadaan ini matahari kelihatan seperti bulan sabit). Fenomena ini menunjukkan kebesaran dan keagongan kuasa Allah S.W.T dan kebenaran Islam sebagai agama dan kebenaran kitab al-Quran sebagai dalil kerana kejadian ini dimaklumkan terlebih awal dalam kitab sejak berkurun lamanya. Fenomena ini amat menakjubkan dan jarang berlaku kerana bumi bergerak diatas orbit yang mengelilingi matahari sementara bulan pula mengelilingi bumi diatas orbitnya sendiri. Insaf akan kejadian ini.

Monday, January 12, 2009

Lawatan Ke Tapak Pembenihan

Telah menjadi hasrat kami untuk menolong dalam mengurangkan kos penternakan maka kursus ternakan kami ada tajuk Pembenihan. Hari ini kami menerima berita gembira bila salah seorang peserta kursus kami telah berjaya dalam projek pembenihan. Peringkat awal beliau telah membuat sebanyak dua kali percubaan dan cubaan kali ketiga pembenihan beliau telah berjaya menghasilkan penetasan. Sepanjang percubaan mereka sering menghubungi kami untuk mendapat khidmat nasihat. Selepas percubaan kali keduanya gagal kami telah berjumpa mereka untuk memberi pandangan ditapak pembenihan mereka dan akhirnya mereka berjaya pada percubaan kali ketiga. Kami harap dapat membantu pengusaha yang berminat untuk mengurangkan kos operasi mereka. Sekitar gambar kolam penetasan


Saturday, January 3, 2009

Kursus Ternakan Untuk Bulan Jan 2009

Untuk makluman Pekan Aquaculture akan mengadakan kursus ternakan ikan mengunakan sistem RAS dan polytank bermula pada tarikh dibawah dan setiap kursus terhad untuk 20 peserta sahaja:


Tempat : No. 35 Kawasan Industri TIAJ, Jalan 1/4 Kawasan Perindustrian Alam Jaya, Puncak Alam Selangor

Masa : 9.00 pagi - 5.00 petang
Yuran : RM140.00 (Termasuk makan pagi/tengahari dan petang)
Kemudahan tempat solat disediakan

Untuk membuat tempahan tarikh kursus bakal peserta boleh membayar 50% yuran pendaftaran dibayar ke akaun Pekan Aquaculture (CIMB Akaun No. 06021455813058) dan SMS Ref no. pembayaran, Masa dan Tarikh Pembayaran serta Nama dan no I/C ke 012-6438484 atau 0176726936


Jadual / Kandungan Kursus :
  1. Pendaftaran 9.00 - 9.15
  2. Pengenalan Ikan 9.15-9.45
  3. Asas Pembenihan 9.45 -10.00
  4. Rehat Minum Pagi
  5. Asas Penternakan 10.10-11.30
  6. Pengiraan Kos Makanan Ikan 11.30-12.30
  7. Rehat Tengahari
  8. Pengiraan Untung Rugi 2.00-2.30
  9. Apa dia kandungan Omega 3 dalam ikan 2.30-3.00
  10. Rehat Petang
  11. Pratikal (Pengenalan sistem RAS dan kolam polytank) 3.10-4.30
  12. Soal Jawab 4.30-5.00

Tarikh Kursus :

10 Jan 2009

18 Jan 2009

25 Jan 2009

Jika berminat boleh hubungi 012-6438484 Amir untuk tempahan waktu kursus.