Thursday, December 6, 2007

Catfish (Ikan Keli) , Duck (Itik) And Mushroom (Cendawan)


Pekan Aquaculture ditubuhkan pada Jun 2007 adalah sebuah syarikat milik bumiputera yang bergiat dalam memajukan perikanan air tawar dan penternakan di kawasan pantai timur Semenanjung Malaysia. Matlamat dan wawasan menjadi penternakan sebagai asset utama negara sejajar dengan wawasan kerajaan menjadikan pertanian dan penternakan hasil utama Malaysia. Disamping menjayakan wawasan dan impian menjadikan “Pertanian Satu Perniagaan”.

Lokasi Pekan Aquaculture yang beralamat di Lot 1065 Kampung Kelat Rendang Peramu , 26600 Pekan , Pahang Darul Makmur adalah menjadi pemangkin bagi mengerakkan projek perikanan air tawar dan penternakan di pantai timur disamping meningkat taraf ekonomi orang-orang melayu sebagai orang yang maju dan berdaya saing di pasaran global.

GAMBAR KAWASAN SEBELUM BEROPERASI


GAMBAR KAWASAN TENGAH DIBERSIHKAN



GAMBAR PROJEK SEMASA PROSES


Pekan Aquaculture (CA0118538-K) berdaftar dibawah Akta Pendaftaran Perniagaan, 1956 (Pindaan 2001). Buat masa ini perniagaan ini beroperasi sebagai ;
1. Pusat penternakan dan pembesaran, penjagaan dan penjualan hasil penternakan ikan air tawar organik berasaskan ‘BIOTEKNOLOGI’ secara kontrak - Lokasi di Pekan , Pahang
2. Pusat penternakan itik - Lokasi di Pekan , Pahang
3. Pusat tanaman cendawan - Lokasi di Bukit Sentosa , Rawang

MATLAMAT
Matlamat penubuhan syarikat adalah untuk meningkatkan lagi hasil pengeluaran dari produk penternakan dan pertanian dalam usaha untuk memertabat orang melayu sebagai pengusaha yang boleh bersaing di pasaran global. Matlamat syarikat adalah untuk melahirkan network perniagaan kaum melayu dimana setiap projek atau usaha sama akan dibahagikan kepada orang-orang melayu.

KONSEP PERNIAGAAN
Pekan Aquaculture mengamalkan konsep 6P untuk bersaing di pasaran global dimana konsep 6P kami ialah ;
1P—Penyediaan alat kelengkapan.
2P—Penjagaan mengikut piawaian.
3P—Pembenihan dan pembiakan.
4P—Penjualan secara borong
5P—Pemerosesan produk
6P—Pemasaran secara kontrak

A. IKAN KELI (CATFISH)

1.KENAPA KELI ORGANIK MENJADI PILIHAN
1. Dijamin dari segi kebersihan dan halal
2. Dikenali ramai dalam dan luar negeri
3. Salah satu makanan yang member lebihan protein “Omega-3” dalam kos yang berpatutan
4. Memerlukan kawasan yang kecil tapi dapat menghasilkan kapasiti yang tinggi.
5. Harga bekalan benih serta makanan ikan yang berpatut.

2.TERNAKAN IKAN KELI
Sekarang syarikat mempunyai 30 kolam yang boleh memuatkan kapasiti sebanyak 45,000 ekor ikan dalam satu masa. Dengan modal berkongsi sebanyak RM60,000.00 telah dikeluarkan untuk projek ini. Buat masa ini syarikat tidak menjual ikan keli ini dipasaran luar kerana syarikat telah menanda tangani kontrak untuk projek ini. Syarikat merancang untuk mengeluarkan ikan keli untuk pasaran tempatan dalam masa terdekat kerana terdapatnya permintaan yang tinggi.


3.PEMBENIHAN IKAN
Perancangan syarikat untuk membuat kolam pembenihan yang boleh memuatkan kapasiti sebanyak 500,000 ekor ikan dalam satu masa.

4.IKAN KELI SALAI
Projek ini dalam perancangan dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada Januari 2008

B. ITIK (DUCK)

1. KENAPA ITIK MENJADI PILIHAN

Projek ini adalah projek percubaan yang menjadi titik tolak perubahan projek yang dirancang. Ini kerana projek ini berisiko tinggi dari segi pemasaran kerana ia perlu bersaing dengan taukeh-taukeh Cina. Ini adalah projek percubaan yang akan menjadi perintis perubahan paradigma Melayu untuk bersaing dalam perniagaan global. Dalam melaksanakanprojek ini dengan harapan ramai dikalangan melayu kita mencuba kelazatan itik dengan matlamat menjadikan itik satu makanan rutin seperti ayam.
2. TERNAKAN ITIK
Buat masa sekarang syarikat telah menternak sebanyak 150 ekor itik putih dan berjaya memasarkannya sebanyak 100 ekor dikalangan penduduk melayu sekitar sebagai projek perintis. Syarikat merancang untuk menambah kapasiti pengeluaran itik ke 1000 ekor itik daging dan 5000 ekor itik telur dalam masa terdekat. Projek ini telah dijalankan dengan modal sendiri berjumlah sebanyak RM50,000.00. Buat masa ini baki itik yang tinggal telah ditempah untuk perayaan tahun baru cina.

C. CENDAWAN (MUSHROOM)

1. PROJEK CENDAWAN
Projek cendawan masih baru dijalankan dalam masa 1 bulan dengan penubuhan syarikat Cendawan Sentosa yang beroperasi di Bukit Sentosa , Rawang , Selangor. Projek ini dijalankan secara perkongsian dengan modal sebanyak RM20,000.00.







2. TARGET PROJEK
Cendawan Sentosa ditubuhkan sebagai syarikat yang mengeluarkan anak benih atau bongkah-bongkah cendawan dan pembiakan cendawan bagi menampung permintaan yang tinggi dari pembeli sekitar.

3. JUALAN
Bongkah cendawan ada dijual dengan harga RM1.20 hingga RM1.00 jika pembelian melebihi 2000 bongkah. Harga tidak termasuk penghantaran.

Jika berminat dengan projek kami bolehlah hubungi :
Ahmad Nasrul Amir - 0126438484