Thursday, March 13, 2008

PEKAN AQUACULTURE BERGERAK SELANGKAH LAGI

Tak sangka hampir 3 bulan saya tidak menulis atau update di blog ini. Dalam masa 3 bulan tersebut Pekan Aquaculture sibuk dengan kertas kerja untuk menambah modal dalam projek perikanan. Tapi malang kertas kerja tersebut telah disimpan oleh seorang setiausaha politik dan tanpa bantuan dengan alasan projek ini tidak berjaya saing. Walaupun projek ini tidak berdaya saing tapi kertas kerja kami harap dipulangkan. Mengorak langkah dari situ tanpa mendapat bantuan modal seperti dirancang maka Pekan Aquaculture dengan modal sendiri telah memulakan projek tambahan dalam perikanan. Dimana kami telah bergerak sebagai syarikat pemasangan kolam kanvas berteknologi terkini dan dimana projek kami bermula di Kemaman Terengganu , Meru Klang , Perling Johor Baru dan Kuala Pilah serta Jelebu di Negeri Sembilan.

1. Projek Kemaman Terengganu

2. Projek Meru Klang


3. Projek Perling Johor

4. Projek Kuala Pilah Negeri Sembilan

Disamping itu kami juga ada menjual benih ikan keli (saiz 2.5 in hingga 3 in) dengan harga yang murah dan berpatutan. Harapan kami pertanian sebagai perniagaan menjadi matlamat untuk kita di Malaysia terutama bangsa melayu untuk berjaya saing dalam dunia perniagaan. Jika ada sesiapa yang berminat untuk package pemasangan kolam dan sistem atau memerlukan benih ikan bolehlah hubungi di 0126438484 - Ahmad Nasrul Amir (Pekan Aquaculture).

No comments: