Monday, January 12, 2009

Lawatan Ke Tapak Pembenihan

Telah menjadi hasrat kami untuk menolong dalam mengurangkan kos penternakan maka kursus ternakan kami ada tajuk Pembenihan. Hari ini kami menerima berita gembira bila salah seorang peserta kursus kami telah berjaya dalam projek pembenihan. Peringkat awal beliau telah membuat sebanyak dua kali percubaan dan cubaan kali ketiga pembenihan beliau telah berjaya menghasilkan penetasan. Sepanjang percubaan mereka sering menghubungi kami untuk mendapat khidmat nasihat. Selepas percubaan kali keduanya gagal kami telah berjumpa mereka untuk memberi pandangan ditapak pembenihan mereka dan akhirnya mereka berjaya pada percubaan kali ketiga. Kami harap dapat membantu pengusaha yang berminat untuk mengurangkan kos operasi mereka. Sekitar gambar kolam penetasan


No comments: