Monday, December 29, 2008

Big Profit From Clean Catfish


PEKAN: Like many others in the east coast, Ahmad Nasrul Amir Mohd Kassim never liked to eat ikan keli or catfish. His family members also did not favour the fish because of its "strange" appearance. Also, the popular belief here is that it eats almost everything. However, his perception changed four years ago when he was lunching with several Japanese engineers at the Perodua plant in Rawang. There was no other food at that time except fried catfish and rice. "I had no other option but to join my Japanese friends eating a fish that I had always avoided," said Ahmad Nasrul, who was then a Perodua quality executive. To his surprise, Ahmad Nasrul found the catfish tasty. This prompted him to begin researching on the fish and its breeding. "I learnt that many breeders fed the fish unhygienic food, including animal intestines and leftovers. "Most of the fish were also reared in polluted pools," said the father of four at his parents' home in Kampung Kelat Rendang here. With his vast experience in planning and design, Ahmad Nasrul began to look for better alternative and started rearing catfish in pools made from canvas. His venture took off successfully, prompting him to quit his job at Perodua in 2006 to focus on catfish rearing. "The fish I produce are healthier as they live in a clean environment," said Ahmad Nasrul, who has also developed the filter system for his catfish pools. He later upgraded the pools and changed them to poly tanks, made from high-density polyethylene. "The tanks are more durable, lasting more than six years compared to the canvas pools, which start leaking after a year. "He said the poly tank could also accommodate up to 3,000 catfish compared with only 1,000 in a canvas pool."With the same amount of investment, we can get higher yields in poly tanks and the maintenance cost is also low as the water is replaced every three months." Apart from the 30 canvas pools here, Ahmad Nasrul also has another 30 poly tanks in Puncak Alam, Selangor, and produces about 20 tonnes of catfish monthly. He also supplies catfish fries, poly tanks and consultation services to breeders and shares his experience at http://www.pekanaquaculture.blogspot.com/. "I want to prove to the sceptics that catfish breeding is a viable business," said Ahmad Nasrul, who has had to fund his own venture after he could not secure loans or assistance from financial institutions and government agencies. This year, his company netted a gross income of RM600,000 from the sale of catfish and installation of poly tanks nationwide.


From NSTP Dated : 27/12/2008


Wednesday, December 24, 2008

Kepentingan Omega 3 Dan 6 Yang Terdapat Dari Ikan

Minyak ikan dan EPO untuk artritis
SAYA mengalami rasa tegang dan kejang sendi di jari tangan terutama pada waktu pagi. Sekali sekala saya dapat merasai sendi bengkak dan berasa sakit lebih ketara sejak enam bulan kebelakangan ini. Selepas pemeriksaan, doktor menyarankan untuk memulakan rawatan untuk artritis rheumatoid. Apa yang dapat membantu untuk masalah saya ini?

Jawapan:
Artritis reumatoid (RA) merupakan salah satu daripada penyakit autoimun, di mana sistem pertahanan badan menyerang sel-sel normal pada sendi dan kadangkala bahagian badan yang lain juga. Secara perbandingan, ianya lebih kerap dialami oleh kaum wanita berbanding lelaki. Beberapa kajian merumuskan suplemen minyak ikan seharusnya dianggap sebagai sebahagian daripada terapi artritis. Asid lemak omega-3 juga menghalang aktiviti enzim aggrecanases yang memecah rawan sendi. Penghidap artritis mempunyai profil asid lemak yang tidak normal dan kekurangan sesetengah asid lemak perlu. Memandangkan tubuh tidak boleh menghasilkan asid lemak perlu, maka kita perlu mendapatkannya melalui diet dan pengambilan suplemen. Asid lemak perlu (EFAs) yang terdiri daripada omega-6 dan omega-3 adalah nutrien yang penting dan mempunyai agen anti keradangan. Kebolehan asid lemak omega-3 dan omega-6 dalam mengurangkan tindak balas keradangan merupakan mekanisme utama bagi mengurangkan simptom-simptom pelbagai jenis artritis. Penyelidikan membuktikan kombinasi minyak ikan dan minyak evening primrose dapat melegakan ketegangan sendi pada waktu pagi dan bengkak sendi dengan berkesan. Asid lemak omega-6 dan omega-3 dengan nisbah yang seimbang iaitu 4:1 baik untuk pesakit artritis. Dr. Joseph Pepping dari Honolulu, Hawaii menjelaskan bahawa keseimbangan 4:1 adalah penting kerana omega-6 yang berlebihan boleh menjurus kepada pembekuan darah, alahan dan masalah keradangan. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet mencadangkan kemerosotan sendi yang berkaitan dengan artritis boleh diperlahankan dengan pengambilan suplemen. Ia menjelaskan kenapa suplemen seperti gabungan minyak evening primrose dan minyak ikan dalam nisbah 4:1 bermanfaat untuk merawat artritis. Selain RA, kajian juga menyokong pengambilan asid lemak ini untuk kesihatan jantung. Kebaikan minyak ikan termasuk menurunkan tekanan darah dan paras trigliserida serta mengurangkan risiko aterosklerosis.
Petikan dari Utusan Malaysia
Jadi salah satu ikan yang murah dan senang didapati serta mengandungi kandungan Omega 3 dan 6 adalah dari ikan keli. Disamping kita menjual atau menternak ikan niatkan ianya salah satu ibadah bagi menambah tahap kesihatan harian pembelinya.

Friday, December 19, 2008

IDOLA

Syed Mokhtar Story (Biography) Umur - 53 tahun Pendidikan - SPM Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau) Kekayaan -RM1,425 juta Ke 7 terkaya di Malaysia Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes) Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas, BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat Kereta - Proton Perdana Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji. BAGAIMANA sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan.
2. (Berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.
3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.
4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.
5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.
6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.
7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.
8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.
9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.
10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?
11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa diatas, ada masa di bawah.
12. Ketika Allah memberikan kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.
13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.
14. Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain. Memang dari segi hukum pun begitu. Kita kena keluar zakat dan fitrah. Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat. Islam agama yang adil; ia minta sedikit saja. Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia seharusnya dibelanjakan dengan baik.
15. Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini. Saya boleh tak buat apa-apa dan balik ke Alor Star. Tetapi saya rasa hidup ini sia-sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana tanggungjawab depan mata kita tidak buat. Orang lain ambil kekayaan kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa !
16. Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.
17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang Tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.
18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.
19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.
20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.
21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.
22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).
23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.
24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.
25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat. Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.
26. (Perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari Tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.
27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.
28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.
29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.
30. ……kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi nakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.
31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.
32. Kekayaan ini Tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang lain.
33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.
34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.
35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab. Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.
36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.
37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.
38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.
39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.
40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar). Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.
41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.
42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.
43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.
44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.
45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.
46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.
47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.
48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.
49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan.
50.Kalau pun tak mahu membantu orang melayu, lebih lebih lagi Islam jangan lah kita tergolong atau bertanggung jawab menyumbang pada pembunuhan kegiatan amal orang melayu dan Islam.

Tuesday, December 16, 2008

TERBARU (Promosi Jualan Sempena Tahun 2009)

A. Harga terkini benih keli
- 2in - 7sen
- 3in - 12sen (Hasil keluar dlm masa 2.5-3bulan) Tempahan 3 hari - Risiko kematian 15%
- 4in - 18sen (Hasil keluar dlm masa 2-2.5bulan)Tempahan 1 minggu - Risiko kematian 10%- Jimat kos makanan
- 5in - 22sen (Hasil keluar dlm masa 1.5-2bulan)Tempahan 1 minggu - Risiko kematian 4-5%- Jimat kos makanan

B. Makanan Ikan
1.Starter - RM50/20kg
2.Grower - RM49/20kg
3.Finisher - RM46/20kg

C. Hormon
1.Overprim - RM80/10ml
2.Overtide - RM80/10ml

D. Ph Tester - RM30

E. EM - RM25/10liter

F. EnzYBac - RM39/100mg (Rawatan Air)

G. Greding Cage
1.Untuk saiz ikan 5in - RM45
2.Untuk saiz ikan 7-8in - RM55
3.Untuk saiz ikan 11-12in - RM65

H. Ikan besar 5-6/ekor sekilo - RM3.80 (Lebih 50kilo) dan RM4.00 (Kurang 50kilo)

Hubungi 0126438484 - Amir atau www.pekanaquaculture.blogspot.com